03 October 2018

BUKAN 'SANDING' BETUL - IZREEN SEBAK NAIK 'PELAMIN LAGI'


Ingatkan majlis persandingan betul-betul, rupa-rupanya hanyalah sesi fotografi sahaja... Perkara tersebut didedahkan oleh suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid menerusi laman Instagram miliknya dengan menjelaskan mereka tidak mengadakan majlis resepsi sebaliknya hanya sesi fotografi sahaja.





Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid yang merupakan seorang pemuzik itu berkata, sesi fotografi tersebut dilakukan dengan mengikut konsep ala-ala perkahwinan sebenar.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya dan isteri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua team dan krew yang bertungkus-lumus menjayakan SESI FOTOGRAFI kami dengan konsep yang dibuat ala-ala majlis sebenar. Maaf kepada semua yang ingat saya tak jemput mereka… Bukan majlis ye… sesi fotografi je," jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu juga turut berkongsi kembali (repost) entri tersebut di akaun Instagramnya.

"Sorry kepada sahabat-sahabat, saudara-mara, pihak media dan kepada semua. Yang ingat kami tak jemput maaf yer, fotoshoot jer pun. Dan ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak sponsor yang menjayakan photoshoot kali ini. Tiptop! Memang betul-betul ikut konsep yang korang dah plan, konsep 'wedding sebenar'," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Namun, disebalik segala kemeriahan, majlis tersebut sebenarnya hanya lakonan sahaja. Bagaimanapun, Izreen tetap merasa bersyukur dan tidak dapat menahan rasa sebaknya kerana diberikan peluang untuk naik pelamin sekali lagi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan impiannya itu.

Ditanya adakah selepas ini akan diadakan majlis resepsi sebenar, Izreen berkata hanya kenduri doa selamat.

"Majlis resepsi tidak mungkin. Lagi pun, sudah lebih setahun saya berkahwin. Kalau nak buat pun kenduri doa selamat secara kecil kecilan. Itu lebih baik," tuturnya yang dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 5, menerusi perkahwinan pertamanya sebelum Ude.

Nama pasangan ini kembali hangat diperkatakan selepas Izreen berkongsi foto-foto majlis resepsi mereka yang diadakan sebuah villa mewah menerusi akaun Instgaramnya semalam.



Dalam majlis itu, Izreen dan suami itu lengkap dengan tiga persalinan sekaligus, majlis tersebut tidak dinafikan nampak begitu memukau dan meriah.

Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude pada Ogos 2017 menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude ketika itu iaitu Intan Liana.

Dikecam sebagai pemusnah kebahagiaan wanita lain, Izreen tampil memberitahu beliau tidak berniat meruntuhkan masjid yang dibina sebaliknya hanya 'extend' sahaja masjid itu.















KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO IZREEN SEBAK




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Asro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: