27 October 2018

"HENTI RAWATAN, RAMAI INGIN SAYA MATI" - ELYANA NYAHAKTIF IG


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada pihak yang memberi teguran pedas pada penyanyi Elyana dan sering mengingatkannya tentang kematian serta bertudung.





Menurut Elyana, dia sebenarnya mempunyai kekuatan untuk melawan penyakitnya itu, namun akibat komen segelintir netizen membuatkan dia berasa 'down'.

Akibat daripada itu, menerusi Insta Story miliknya, Elyana menjelaskan dia mahu menghentikan segala rawatan ke atasnya kerana lebih ramai yang mahu melihat dia mati.

Bagaimanapun, sahabatnya, pelakon Sherry Ibrahim telah berkongsi sebuah video di Instagramnya memohon agar orang ramai supaya berhati-hati dalam memberikan sebarang komen kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Menurut Sherry sekarang bukan masa yang sesuai untuk memberi nasihat sebaliknya mendoakan agar kesihatan Elyana berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar

"Tolonglah saya merayu supaya anda tak buat sebarang kata-kata negatif terhadap seseorang yang saya sayang dan sangat kuat serta tak tunjuk lemah sedang berlawan dengan sesuatu dalam badan.

"Janganlah tulis yang tak baik, menasihati sekarang bukan waktu yang sesuai. Doakan dia cepat sembuh dan doa baik-baik yang indah untuk dia. If you care and have good heart, dont do this to Elyana," katanya.

Sementara itu, penyanyi Dafi AF turut bersetuju dengan pandangan Sherry dan berasakan ini bukan waktu yang sesuai untuk menulis sesuatu yang negatif.

Beberapa hari lalu Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, dimasukan ke hospital selepas mengalami sakit belakang sejak seminggu lalu sehingga membuatkan dirinya sukar untuk berjalan.



Elyana memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah merebak ke sekitar saraf tunjangnya dan berisiko untuk lumpuh jika rawatan tersebut tidak dilakukan.

Pada Rabu, penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' ini memulakan rawatan radioterapi di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.

Terdahulu, Elyana pernah membuat pendedahkan yang dirinya sedang menghidap kanser limfoma tahap empat yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu menerusi program Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) yang sertainya.

Hasil carian di laman Instagram turut mendapati Elyana sudah menyahaktifkan sementara akaun miliknya itu.
















www.myartis.com / Sumber: @dylawok, mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: