20 October 2018

LANGGAR LARI - JANNA SEBAK, HARAP DAPAT HUKUMAN SETIMPAL


"Takziah kepada keluarga Allahyarham... Suspek pun dah kena tangkap. Tolonglah bagi hukuman setimpal kepada orang-orang begini," katanya pelakon Janna Nick yang terkesan dengan insiden menimpa seorang wanita petugas Telekom Malaysia Berhad (TM) Unifi yang maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta.





Untuk makluman, kejadian langgar lari tersebut berlaku di kawasan Shaftbury Square di Cyberjaya malam Rabu lalu.

Janna dalam nada sebak memberitahu dia berharap empat suspek yang berjaya ditahan akan diberikan hukuman setimpal agar kematian mangsa terbela.

Pada Jumaat, empat suspek termasuk seorang wanita kes langgar lari itu telah ditahan pihak berkuasa dan mereka telah direman selama empat hari bermula bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam pada itu, Janna berkata, sebagai manusia biasa tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan namun perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dilakukan.

Klik untuk gambar besar


"Tidak mengapa kalau anda telah melakukan kesalahan kerana sebagai manusia kita kdang-kala hilang kawalan. Namun tolong bertanggungjawab. Anda tidak boleh lari daripaa kesalahan yang telah anda lakukan," tulisnya.

Dalam kejadian itu mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: