20 October 2018

"SLOWLY BUT SURELY" - BEN AMIR TAK KISAH NAIK LAMBAT


Mengulas mengenai perkembangan kerjayanya yang dilihat sedikit perlahan berbanding rakan-rakan lain, pelakon Ben Amir akui tidak terkesan dengan perkara terbabit.





"Perkembangan kerjaya saya semakin baik. 'Slowly but surely'. Bermula dengan peranan kecil dalam bidang lakonan, saya diberi peluang untuk menjayakan watak pembantu.

"Alhamdulillah, kini penerbit dan pengarah mula mempercayai saya untuk membawakan watak utama. Saya tak kisah naik lambat, biarlah saya belajar satu persatu dan bertatih dalam industri ini," kata Ben.

Untuk makluman, Ben merupakan salah seorang bintang yang dilahirkan menerusi program pencarian Hero Remaja 2012.

Pertandingan itu turut disertai oleh rakan-rakan lain yang sudah terlebih dahulu menempa populariti dalam dunia hiburan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar


Mahu memperbaiki kelemahan diri, Ben juga ingin menjayakan pelbagai watak demi mengisi portfolionya sebagai seorang aktor.

"Saya mahu menjayakan pelbagai watak. Bagi saya, setiap hari yang saya tempuhi dalam bidang lakonan merupakan pengalaman baru dan saya masih belajar untuk menjadi yang terbaik," ujarnya.

Ben yang ditemui di set penggambaran webseries 'Dua' arahan Michael Ang ini di Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin itu memegang watak sebagai Daniel .

Selain Ben, webseries ini turut menampilkan Sweet Qismina, Sarifah Sakinah dan Scha Alyahya. Drama bersiri 'Dua' ini bakal ditayangkan di portal Gempak pada awal November ini.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: