24 October 2018

NAFI TRAUMA - ALONG CHAM SELESA JADI BAPA TUNGGAL


Jarang kita dengar mengenai perkembangan terbaru pelawak dan pelakon Along Cham selepas dirinya melalui episod duka dalam kisah rumah tangganya sebelum ini.





Along ketika ditemui memberitahu, dia masih selesa menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal. Dalam masa sama, Along turut menafikan dirinya trauma untuk berkahwin semula dan mahu peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Saya bukan trauma, tapi saya terfikir. Adakah saya mampu memegang status sebagai suami? Adakah saya boleh memberikan kebahagiaan kepada isteri?

"Apa yang terjadi dahulu, mungkin tiada kebahagiaan antara kami tetapi saya tak mahu salahkan mana-mana pihak. Saya sendiri dah boleh terima apa yang terjadi.

"Saya mohon peminat doakan saya dan saya harap peminat tidak lagi menyalahkan pihak sana kerana saya sudah memaafkannya... Tak guna untuk saya berdendam," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Selain perkembangan peribadi, Along juga turut berkongsi perkembangan terbarunya sebagai selebriti.

"Selepas kes itu, saya berada di Johor dan bertugas sebagai penyampai radio. Selepas itu, saya kembali belakon menerusi drama bersiri komedi, Suamiku Mat Piun bersama Sharifah Sakinah.

"Selepas itu, saya juga berlakon filem arahan Mawi dan menjayakan beberapa projek lagi. Alhamdulillah, rezeki tak putus dan ia adalah perkembangan yang baik untuk kerjaya saya.

"Syukur kerana Suamiku Mat Piun tercalon dalam kategori Drama Komedi Terbaik di ASK 2018. Saya rasa sangat berbangga kerana ini merupakan penilaian dari pihak juri profesional," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: