12 October 2018

ROBOHKAN RUMAH KAYU - WAK DOYOK BINAKAN IBU BANGLO


Menerusi laman Instagram personaliti fesyen, Wak Doyok telah memuatnaik video menunjukkan proses pembinaan rumah ibunya yang dulu hanya rumah kayu buruk, kini bertukar menjadi rumah banglo.





Melihat pada video tersebut, turut disertakan kepsyen dimana Wak Doyok meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya yang kini berusia 76 tahun sudah pun tercapai.

Wak juga mengakui kehidupannya dahulu sangat susah dengan keadaan rumahnya yang retak seribu serta dihuni dengan anai-anai. Katanya lagi, banyak keperitan yang dilalui olehnya untuk berada di tahap sekarang.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Wak turut memberitahu video tersebut bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya mahu berkongsikan kesusahan yang pernah dialami olehnya sebelum ini serta kegigihannya untuk mengubah nasib keluarga.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagum dengan usaha Wak Doyok yang mahu membahagiakan keluarganya lebih dari segalanya. Ada juga netizen menjadikan Wak sebagai inspirasi untuk berjaya supaya dapat menabur bakti kepada ibu bapa.









VIDEO: PROSES PEMBINAAN RUMAH BANGLO IBU WAK DOYOK




www.myartis.com / Sumber: Instagram Wak Doyok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: