11 October 2018

"SENDU TU ANDA, GUNAKAN ARTIS-ARTIS..." - DIANA DANIELLE


Semua mengetahui mengenai isu usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) bersama Aishah masih lagi belum reda dan terbaru beliau dihimpit kontroversi lagi apabila didakwa menghina artis legenda yang menyertai program Gegar Vaganza (GV) sebagai 'sendu'.





Ramai artis menyifatkan apa yang dikatakan oleh DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman agak keterlaluan kerana tidak menghormati sensitiviti golongan artis.

Terbaru, pelakon Datin Diana Danielle menerusi Insta Stories turut meluahkan rasa bengang dengan kenyataan DSV. Buat Diana, Aishah mempunyai kelasnya tersendiri manakala yang layak digelar 'sendu' adalah jutawan kosmetik itu.

"Yang sebenarnaya sendu tu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana-sini, dengan kontroversi ntah apa-apa, semua jadi bidang terjun nak menyanyi nak host nak berlakon, semata-mata sebab nak jual produk sendumu!

Klik untuk gambar besar


"Ada hati nak panggil orang sendu. Tanpa program-program yang anda sendiri tercari-cari nak sponsor pun, anda nak promote produk mu di mana? Kenapa tak promote dekat Awani ke RTM on 2?

"Kenapa perlu gunakan artis-artis yang mu cakap sendu dingin tu? A pot calling a kettle black," tulis isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil.

Terdahulu, meskipun dikecam DSV tetap mempertahankan pendapat dan kenyataan beliau bahawa program GV sememangnya bertujuan untuk menaikkan artis 'sendu'.

Beliau juga menyeru artis yang terasa dengan kata-katanya itu bangkit dan jadikan diri mereka lebih dikenali agar tidak 'sendu' lagi.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: