30 October 2018

'THE MURUKA' - NEELOFA MENGINAP ATAS UNDANGAN CONRAD HOTELS


"Sepanjang berada di sana, ada beberapa aktiviti dirakamkan sekitar pantai dan hotel The Muraka untuk tujuan promosi oleh pihak Conrad Hotels.





"Tidak hanya saya, ada beberapa individu lain dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah turut terlibat dalam projek ini," kata pelakon dan pengacara Noor Neelofa berhubung percutian ke Maldives baru-baru ini.

Neelofa, 29, memberitahu percutian ke Maldives itu adalah bertujuan memenuhi undangan jenama hotel tersohor dunia, Conrad Hotels bagi menjayakan projek video khas kelolaan mereka.

Pengacara program 'Meletop' itu menerima undangan tersebut beberapa bulan yang lalu oleh sebuah syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura.

Klik untuk gambar besar


Menurut Neelofa, dia sepatutnya berada di sana selama dua hari sahaja. Namun, disebabkan ingin berehat, pengacara MeleTOP itu menyambung percutian selama dua hari lagi.

Terdahulu, Neelofa menerusi kemas kini Instagramnya memberitahu bahawa bilik kaca bawah laut The Muraka yang didiaminya bernilai sekitar AS$50,000 (RM200,000) untuk satu malam.

Sejurus selepas kemas kini tersebut diterbitkan, ramai yang meninggalkan komen berbaur kecaman kerana percutian tersebut dianggap sebagai satu pembaziran. Hakikatnya, percutian tersebut merupakan kolaborasi antara pihak hotel dan Neelofa.








www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: