Sepatutnya menjalani pembedahan namun ditunda kerana doktor ingin membuat pemantauan, penyanyi Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri mengakui terpaksa bergantung dengan ubat akibat masalah tonsil dihidapi sejak sebulan lalu.

"Sepatutnya awal bulan tempoh hari saya kena jalani pembedahan. Tetapi, doktor kata tunda sebab nak tengok sejauh mana perkembangan masalah tonsil saya.
"Saya diberitahu terdapat gejala laringitis pada bahagian tisu kotak suara hingga berlaku masalah tonsil sekali gus menyebabkan kehilangan suara.
"Jadi, buat masa sekarang saya kena bergantung dengan ubat terlebih dahulu. Sama ada nak menyanyi atau tidak, mesti ambil ubat. Kalau tak, memang sakit," katanya.
Klik untuk gambar besar

Dimasukkan ke hospital selama beberapa hari akibat tonsil bengkak dan sakit dalam perut sebulan lalu, Aiman berkata, dia terpaksa menolak persembahan dan mengurangkan aktiviti seni.
"Saya beritahu pihak pengurusan untuk tidak ambil 'job' terlebih dahulu. Alhamdulillah mereka faham situasi saya. Begitu juga dengan pihak penganjur.
"Insya Allah, bulan depan baru saya yakin untuk kembali aktif. Saya berharap masalah tonsil ini segera sembuh," tuturnya.



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment