11 November 2018

"22 TAHUN YANG LALU, ABAH TETAP DALAM KENANGAN" - SYAFIQ FARHAIN


Baru-baru ini, penyanyi Syafiq Farhain telah berkongsi foto kenangan bersama bapanya, Allahyarham Saleem ketika dia masih kanak-kanak dan ia telah menarik perhatian pengikut di laman Instagram.





Menurut bekas peserta program 'Big Stage' tersebut, foto itu diambil kira-kira 22 tahun yang lalu semasa dia berusia dua tahun. Foto yang dimuatnaik pada Jumaat itu menerima hampir 30,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Dalam muatnaik tersebut, penyanyi lagu 'Sayang Maafkan Aku' ini turut menulis kapsyen menggambarkan kerinduan terhadap arwah bapanya itu.

"22 tahun yang lalu , Abah tetap dalam kenangan 🙂 #boseng," tulisnya yang mendapat tempat kedua dalam 'Big Stage'.

Rata-rata pengikut turut menzahirkan rasa simpati dan memahami perasaan Syafiq yang masih kesedihan kehilangan seorang lelaki bernama ayah.

Klik untuk gambar besar


Pada 14 Oktober lalu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras, Selangor.

Penyanyi lagu 'Suci Dalam Debu' itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah dan dia berada dalam keadaan koma.

Sebelum ini, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih mengingati pesanan bapanya yang meminta dia sentiasa berbuat baik kepada orang sekeliling.

"Dia berpesan nyanyi dengan ikhlas dan sentiasa buat baik dekat semua orang. Nak cakap lebih pun saya tak tahu, semoga semua peminat tabah dan doakan yang terbaik untuk arwah," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Syafiq Farhain


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: