11 November 2018

"JODOH KUAT, KENAL KAT TV JE" - PUTERI SARAH THROWBACK VIDEO NIKAH


Pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi laman Instagram baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video throwback, iaitu momen pernikahannya dengan suami tersayang, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.





Pelakon 'Evolusi KL Drift: The Series' itu juga telah mengimbas kembali memori ketika berlangsungnya majlis pernikahan itu.

"#sajathrowback. It’s not my anniversary 😎 everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day. Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time 😋 @sofiamegat paling over menangis.

"@syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid 😊 Dugaan... but we made it dengan kuasa Allah.

Klik untuk gambar besar


"Who knows, jodoh kami kuat. Selama ni kenal @syamsulyusoffilm tengok kat TV je. Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takotttt 🏃‍♀️ Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau2 jodoh.

Tambah Sarah lagi, dia turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal selamanya. Susulan itu, netizen turut sama mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

"Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and .... 😘 ( cer teka girl or boy ðŸĪŠ) .

"Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.



"Ya Allah... indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma'-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia. #shamsulsarahsyaikhul," tulisnya.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.

Menariknya lagi, Sarah kini sedang hamil anak kedua, 5 bulan. Semoga semuanya dipermudahkan buat pasangan selebriti ini.

Apapun, jodoh itu rahsia Allah... itulah ungkapan yang sering diperkatakan ramai mengenai hubungan percintaan.




VIDEO PERNIKAHAN YANG DIMUATNAIK OLEH PUTERI SARAH LIYANA DI LAMAN INSTAGRAMNYA




www.myartis.com / Sumber foto & video: Media Hiburan & Instagram Puteri Sarah Liyana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: