08 November 2018

AEDY ASHRAF 'KABURKAN KAKI' - NETIZEN TANYA 'SOROK TATU KE'?


Pelakon Aedy Ashraf menerusi laman Instagram telah memuatnaik gambara dirinya bersama sebuah kereta berwarna merah. Pada awalnya mungkin ingin mempromosikan kereta, tapi lain pula jadinya apabila Aedy menyunting kakinya menjadi kabur.





Dek kerana itu, ramai yang mendakwa pelakon drama bersiri 'Cinta Tiada Ganti' itu cuba menyembunyikan tatu yang ada pada kakinya.

Dalam gambar tersebut, menunjukkan Aedy menyandar di sebelah keretanya, namun mata netizen lebih tertumpu kepada kakinya yang dikaburkan. Terus netizen membuat spekulasi sendiri.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini juga Aedy pernah terpalit dengan kontroversi tatu di belakang tubuh badannya ketika bercuti di sebuah tempat peranginan. Namun difahamkan tatu berkenaan tatu tiruan yang saja dilukisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ada juga yang mempertahankan Aedy dengan mengatakan mungkin kakinya mempunyai tatu tiruan. Tindakan Aedy mengaburkan kaki itu untuk mengelakkan perbalahan di media sosialnya.

Apapun, kami pun tidak pasti mengapa Aedy kaburkan kakinya. Rasanya kalau betul ingin menyembunyikan sesuatu di kaki baik 'photoshop' saja atau tidak memuatnaik gambar gaya seperti itu.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aedy Ashraf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: