08 November 2018

"WALAUPUN DAKWAH TAPI TETAP HARAM & DOSA" - PU AMIN TEGUR TOMOK


"Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.





"Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

"Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa," jelas pencetus Ummah (PU) Amin yang berkata, biarpun video muzik tersebut ada memberi mesej positif dan unsur dakwah namun ia tetap haram dari segi agama.

Pu Amin atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim ini berkata, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

Persoalan mengenai perkongsian foto Tomok berpakaian wanita pada Selasa lalu akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya menghasilkan muzik video berjudul 'Bekas Kekasih' adalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan yang dilancarkan pada Khamis.

Klik untuk gambar besar


Selain Tomok, aktor Beto Kusyairi juga berlakon dalam karya berkenaan yang menampakkan dia turut berpakaian seperti wanita.

Bagaimanapun imej berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen malah mereka mempertikaikan tindakan selebriti itu yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.

PU Amin terkenal kerana keberaniannya menegur isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di media sosial sehingga menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, PU Amin memberitahu apa yang dilakukan Tomok mungkin akan memberi kesan yang negatif kepada golongan tertentu dan boleh menjadi ikutan.

Katanya, ada banyak lagi cara yang lebih sesuai dan betul untuk menyampaikan sesuatu dakwah atau mesej yang baik berbanding berpakaian wanita.



"Video muzik itu mungkin akan memberi kesan negatif. Lagi-lagi pada gerakan transgender yang berasakan isu itu bukan lagi sesuatu yang sensitif dalam masyarakat.

"Malah, ada kemungkinan besar juga ia akan menjadi satu ikutan. Maksudnya, selepas ini, ramai anak muda atau artis akan melakukan benda yang sama dengan niat hanya suka-suka atau lakonan.

"Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha mstar Online untuk mendapatkan kenyataan Tomok mengenai video muzik itu tidak berjaya.

Namun menerusi artikel sebuah portal hiburan, Tomok mengatakan tujuan dia berpakaian sebegitu demi menghidupkan lagi jalan cerita dalam video muzik tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram PU Amin & Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: