15 November 2018

AL-FATIHAH - NENEK ABAM BOCEY & ALI PUTEH DIJEMPUT ILAHI


Menerusi entri di Instagram (IG), pelawak Ali Puteh telah berkongsi berita sedih dimana dirinya dan abang, Abam Bocey kehilangan nenek yang telah meninggal dunia pada pukul 1.50 pagi tadi.





"Assalamulaikum, dukacita dimaklumkan bahawa Opah kepada Abam Bocey & Ali Puteh telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.50 pagi tadi.

"Sedakahkan Al-Fatihah buat nenda saya dan Abam. Jenazah akan dikebumikan sebelom Zohor hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek mereka.

Semoga roh nenek Abam dan Ali ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin... Al-fatihah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: