15 November 2018

TAUKE DEDAH WAJAH 'ZAMATUL KHAYLA AYDINA'


"Ok pertama kali wa up gambar anak wa toq.. sebab dia bisik kat wa suh up kat ig 😂😂 pandai plak tidur ngiring...





"Lu tgk muka wa ke muka @nadiayaya6 ? #khaylaaydina," tulis bintang Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke yang mendedahkan buat pertama kalinya wajah terkini anak perempuannya, Zamatul Khayla Aydina yang dilahirkan pada 26 Oktober lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Tauke telah memuatnaik wajah puterinya beserta kapsyen mencuit hati. Kapsyen tersebut meminta pengikutnya melihat sama ada Khayla lebih menyerupai wajahnya atau isteri, Nadia Mohd Affandi.

Klik untuk gambar besar


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut berpendapat wajah Khayla lebih menyerupai bapanya. Tidak kurang juga ada yang memberikan komen mengusik seperti:

Terdahulu, Nadia selamat bersalin di Hospital Serdang tepat jam 8.28 pada 26 Oktober lalu. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tauke


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: