14 November 2018

BERANGKAT TUNAI UMRAH - PASANGAN MARK ADAM & SHUIB MOHON MAAF


Hari ini Mark Adam bersama isterinya, Norazah Redzuan telah berangkat ke Tanah Suci bersama pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin bagi menunaikan ibadah umrah.





Norazah mewakili suaminya turut meminta maaf daripada semua keluarga dan kenalannya dan meminta agar ibadah mereka dipermudahkan.

"Assalamualaikum insyaallah saya dan suami, Mark Adam akan berangkat menunaikan UMRAH... Kepada semua family, kawan-kawan, saudara-mara dan semua yang datang jumpa dan yang tak sempat jumpa, kami ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, terkasar bahasa, perbuatan Yang sengaja mahupun tidak sengaja atau apa saja khilaf kami, halal kan segala makan minum kami..

"Dan doakan kami agar segala urusan dan perjalanan kami ke UMRAH dipermudahkan, Dan mendapat UMRAH yang mambrur, Insyaallah...Semoga kita sama-sama diberkati Allah SWT...," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi akaun IG penyanyi Siti Sarah turut memberi tahu dia dan suami akan berangkat ke tanah suci hari ini bersama pasangan Mark dan isteri.

"Assalamualaikum saya dan suami akn berangkat ketanah suci sekali lagi kali ini bersama @markadam1079 dan isteri @ezzpowers..

"Sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, tersilap laku sama ada sedar atau tidak sama ada sengaja atau pun tidak.. kami ingin memohon maaf..," tulis Sarah.

Mereka turut berkongsi foto sebelum berangkat ke tanah suci. Rata-rata mendoakan supaya ibadah mereka dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang kelak.






www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram isteri Mark Adam, Shuib Sepahtu & Siti Sarah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: