10 November 2018

ANAK KETIGA LAHIR AWAL - DIANA AMIR & SUAMI TIMANG 'BABY BOY'


"Ikutkan due date hari Isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal dan sebenarnya memang Diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat, then akan cepat je dapat lahirkan baby. Selepas lima minit masuk labour room baby dah keluar.





"Diana terharu dengan doa-doa daripada semua, dari awal kandungan sampailah selamat melahirkan pagi tadi. Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak semua.

"Alhamdulillah, part paling scary (bersalin) dah settle, sekarang panda eye and pantang mode on!," tulis pelakon Diana Amir yang telah selamat melahirkan anak ketiganya iaitu bayi lelaki pada pukul 2.16 pagi tadi di hospital swasta UMRA di Shah Alam, Selangor pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hisham, 32, yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya itu memaklumkan anak ketiganya dilahirkan lebih awal daripada jangkaan doktor.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon drama 'Adam Maya' ini turut mendoakan agar ibu-ibu yang sedang hamil dipermudahkan urusan kelahiran kelak.

"Kepada yang bakal melahirkan, u can do it! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa-dosa dengan cara yang indah.

"Diana doakan yang belum dikurniakan zuriat akan memperoleh rezeki yang terbaik dari-Nya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!," katanya.

Untuk makluman, Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan sebelum ini telah dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015 dan cahaya mata kedua, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017.
















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian & Instagram Dian Amir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: