10 November 2018

KINI BERHIJAB - NITA HAMZAH ANGGAP 'HADIAH' TERINDAH


Perubahan dirinya yang berhijab sejak 2 November lalu, penyanyi Nita Hamzah menganggap sebagai 'hadiah' terindah sempena hari kelahirannya.





Naib juara Malaysian Idol musim kedua itu berkata, dia nekad berubah sebagai mengambil keberkatan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 3 November lalu.

"Sebenarnya, niat untuk menutup aurat sudah lama tersimpan, cuma hati saya masih berbolak-balik. Sehari sebelum meraikan hari ulang tahun, saya cuba memakai tudung dan tanpa disangka, saya mendapat kekuatan melakukan perubahan itu.

"Alhamdulillah, niat suci saya itu dipermudahkan dan saya berharap akan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan," katanya.

Mengulas reaksi suaminya, Mohd Fareez Shamsul Bahari, Nita yang mendirikan rumah tangga pada 29 April lalu berkata, lelaki itu bersyukur melihat perubahan pada isterinya.

Klik untuk gambar besar


"Pada mulanya suami agak terkejut, namun saya tahu dia gembira. Biarpun tidak menunjukkan perasaan sebenarnya, saya yakin dia ingin melihat saya menjadi wanita yang lebih baik," ujarnya.

Hampir tujuh bulan melayari alam perkahwinan, pemilik nama Norhanita Hamzah itu berkata, segala-galanya berjalan seperti biasa.

"Kalau zaman bercinta dulu, kami kerap bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena di mata, tetapi sejak berumah tangga, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bohong jika tidak bermasam muka, tetapi saya dan suami semakin matang.

"Jika ada masalah, kami tidak biarkan ia berlarutan. Mengenai zuriat, nampaknya rezeki masih belum menyebelahi. Doakan kami segera dikurniakan anak," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Nita Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: