05 November 2018

"APA PERASAAN KORANG DITEMPAT SAYA?" - ALIFF SYUKRI REDHA


Usahawan kosmetik yang kini menjadi penaja Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Seri Aliff Syukri sering terpalit dengan kontroversi dan dikecam.





Menerusi muatnaik terbaru beliau di akaun Instagram miliknya baru-baru ini berkata beliau redha dengan segala kritikan dan percakapan orang tentang dirinya.

"Apa perasaan korang ditempat saya?? knp org lain buat x ada issue.. #biarapaorgkata sy redha.. My next step #biarapaorgkata saya tak fhm la.. penat la nk senangkan hati smua org..," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Status itu dipercayai berkaitan dengan tindakan 'gimik' tidak menjadi beliau serta kelancangan mulutnya sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai ketika mempromosikan produknya di GV 5 semalam.

Bagaimanapun, masih ada netizen yang menganggap status tersebut hanya sebahagian 'drama' Aliff untuk meraih simpati dan publisiti. Mereka tidak mengerti mengapa Aliff masih lagi pura-pura merasa dirinya tidak bersalah.

Rata-rata netizen berharap Aliff selepas ini akan lebih berhati-hati sebelum bercakap dan tidak lagi mengguris perasaan orang lain. Terdahulu, Datuk Fazley Yaakob juga ada menegur Aliff dan menggesanya supaya memohon maaf.












www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: