05 November 2018

NEELOFA MAHU KAHWIN BILA IMPIAN TERCAPAI


Tidak dinafikan masih ramai yang ingin tahu mengenai kisah peribadi selebriti popular Noor Neelofa selain disebalik segala pencapaian yang beliau sudah kecapi sekarang sehingga menjadi idola ramai wanita diluar sana.





Ramai yang berkata, Neelofa sudah miliki segalanya tetapi kenapa beliau masih lagi tidak mahu kembali ke alam percintaan ataupun berkahwin. Apa sebenarnya yang Neelofa inginkan? Adakah beliau terlalu memilih?

Jelas Neelofa, kariernya yang semakin memuncak dengan jadual kerja yang padat membuatkan beliau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri selain ada lagi impiannya yang belum tercapai.

"Komitmen sebagai seorang ibu sangat tinggi dan belum sesuai untuk saya yang selalu terbang ke luar negara untuk bekerja. Buat masa ini, impian besar saya adalah untuk menyertai industri fesyen antarabangsa.

Klik untuk gambar besar


"Selepas saya dapat capai impian tersebut, saya rasa barulah saya mampu bersedia untuk memikirkan tentang perkahwinan dan komitmen untuk berkeluarga.

Bagi saya, bergelar isteri dan ibu ketika saya masih sibuk dan mahu melakukan pelbagai perkara untuk kerjaya dan perniagaan saya adalah satu perkara yang sangat mencabar.

Dalam isu percintaan dan perkahwinan memang tidak boleh terburu-buru kerana ia melibatkan masa depan. Tidak mengapalah, kami pasti ramai sahaja lelaki yang sanggup tunggu Neelofa kan? Heh.








www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: