05 November 2018

"KAYA TAK JAMIN ADAB & BIJAK" - FAZLEY YAAKOB TEGUR ALIFF SYUKRI


Penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Seri Aliff Syukri telah dikecam teruk oleh netizen dek kerana 'marketing' terlampaunya yang melabelkan seorang wanita hodoh selain dianggap bersikap rasis mempersendakan warna kulit penyanyi berbangsa India, Santesh Kumar.





Termasuklah penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 40, yang meluahkan rasa terkilan dan kecewa dan tampil menegur tindakan jutawan kosmetik itu mengenai caranya mempromosikan produk pemutih pada konsert GV5 minggu ke-6.

Menerusi muatnaik di laman Instagram, Fazley berkata, banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff Syukri tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Fazley turut menegur tindakan Aliff Syukri meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

"Maaf... Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Klik untuk gambar besar


"Melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan bedak asas dengan tangan untuk 'mencantikkan' seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya," katanya.

Pengasas produk D'Herbs itu yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya dengan mencari penonton berwajah 'hodoh' telah menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Asmara' ini menganggap penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff Syukri itu sebagai memalukan.

Kata Fazley, memiliki kekayaan tidak menjamin seseorang itu mempunyai adab dan pemikiran yang bijaksana. Dia juga meminta Aliff Syukri agar membuat permohonan maaf kerana perkara itu melibatkan maruah dan rezeki.

"Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih... Apa nak jadi orang-orang kita ya?



"Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

"Cara pemasaran harus bijak, bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan.

"Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki 'downliners' yang turut terkena tempiasnya!" ujarnya.

Bagaimanapun, Aliff Syukri sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

'Kerana mulut badan binasa', itulah pepatah yang sesuai menggambarkan situasi Aliff Syukri. Apa-apapun, semoga ini menjadi pengajaran buat Aliff Syukri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fazley Yaacob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: