18 November 2018

BAPA DIGELAR BANGLA - ANAK KAZAR NASIHAT JANGAN MAIN BANGSA


Menjelaskan tindakannya menegur segelintir netizen menggelar bapanya sebagai Bangla bukan kerana marah atau malu, sebaliknya, anak kepada pelakon Kazar iaitu Melor berkata, teguran itu dibuat supaya netizen menghormati orang lain tanpa mengira bangsa.





"Berikutan kes yang viral macam tak berapa penting tu, lawak pun ada. Ramai pula salah anggap, kita sendiri baca terkejut. Bila pulak kita pandai mengamuk. Saya tak marah sesiapa pun cuma saya sedih sekarang anak muda sudah tak ada hormat org tua dan bangsa.

"Jagalah sensitiviti orang lain. Bangla pun manusia, kita boleh hormat keluarga kita tak kan orang lain kita tak boleh hormat? Jadi hormatlah semua orang tak kira bangsa," ujarnya di Twitter yang menganggap netizen itu keterlaluan.

Dia mengulas beberapa artikel blog hiburan yang menegur seorang netizen memanggil bapanya Kazar atau Kazaruddin Saisi, 59, sebagai Bangla.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu Melor berkata, dia tidak marah atau terasa hati berikutan sudah biasa dengan ejekkan rakan-rakan sejak zaman sekolah.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak keterlaluan sehingga mempermainkan bangsa yang boleh dianggap sebagai isu sensitif.

"Ejek 'bapa kau hitam' dari zaman sekolah saya ok jer sebab bapa saya tak putih sama macam saya. Jangan main bangsa tak baik tau," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: