18 November 2018

FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ BERTUNANG HARI INI?


Menerusi laporan Cik Pang di Harian Metro, pasangan pelakon ini iaitu Fasha Sandha dan Aidil Aziz khabarnya akan mengikat tali pertunangan hari ini.





Menurut teman kepada Cik Pang, majlis pertunangan itu dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat pasangan itu di kediaman Fasha.

Kata sumber itu lagi, disebabkan ini kali pertama Fasha merasai nikmat majlis bertunang dan bergelar tunangan orang, keluarganya bertungkus-lumus melakukan persiapan sejak beberapa minggu lalu.

Segala urusan berkaitan hari bersejarah ini diserahkan kepada mereka memandangkan Fasha sibuk di set penggambaran filem dan drama.

Klik untuk gambar besar


Kongsi teman Cik Pang itu lagi, Aidil dan Fasha yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Jejai itu tidak mahu bertunang lama-lama.

"Dengarnya kalau tiada aral, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar penghujung Februari atau Mac tahun depan.

"Kesempatan ini Cik Pang memohon semua pembaca dan peminat Fasha agar mendoakan hubungan mereka berkekalan dan majlis hari ini dipermudahkan Allah. Sama-samalah kita doakan ya!," kata Cik Pang.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: