14 November 2018

'BEKAS KEKASIH' - MAK NYAH DEDAH BERI KESAN


Sebelum ini, lagu terbaharu penyanyi Tomok berjudul 'Bekas Kekasih' ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan itu mendapat kecaman netizen kerana dia berpakaian wanita.





Namun di sebalik kontroversi lagu tersebut, terselit juga kebaikan apabila ia memberi keinsafan kepada golongan tertentu.

Seorang pengguna YouTube yang juga bekas mak nyah memberitahu lagu tersebut benar-benar memberi kesan kepadanya.

Katanya lagu tersebut mempunyai persamaan dengan kisah silamnya dan dia mendedahkan pernah terfikir untuk mengubah jantinanya kerana telalu mengikutkan perasaan.

Klik untuk gambar besar


"Saya jadi mak nyah tiga tahun yang lalu... Saya tidak tahu kenapa saya terlalu bodoh untuk pilih jalan songsang itu. Lagu ini hampir sama dengan kisah silam saya dan Alhamdulillah saya dah tak buat lagi benda terkutuk itu.

"Pernahlah juga dulu terfikir nak ubah jantina. Nasib aku masih waras untuk tidak melakukan benda itu. Doakan saya," tulisnya di ruang komen muzik video lagu itu di YouTube.

Tomok turut berkongsi pengakuan individu tersebut di laman Instagram miliknya selain menyatakan rasa syukur dengan perubahan lelaki tersebut.



Sejak ia dilancarkan pada 7 November lalu, 'Bekas Kekasih' telah mendapat tontonan sebanyak 700,000 dan kini menduduki tangga keempat carta trending YouTube.

Bagaimanapun rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Tomok berpakaian wanita yang dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawanan jantina.

Malah PU Amin turut memberi reaksi dengan berkata ia bukan cara Tomok berdakwah dan perbuatannya berpakaian wanita dalam kip video lagu tersebut tetap haram hukumnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: