"Bukan biasa-biasa, ular masuk dalam enjin kereta," tulis penyanyi Aiman Tino yang mengakui terkejut sebaik sahaja melihat seekor ular sawa berada di bahagian enjin kereta.

Aiman berkongsi detik cemas itu menerusi InstaStory miliknya semalam. Kapsyen tersebut turut disertakan dengan foto yang merakamkan ular tersebut sedang berlingkar di bahagian enjin.
Disebabkan kejadian itu, Aiman juga berpesan kepada pengikit IGnya supaya berhati-hati sebelum memulakan perjalanan.
"Jadi kepada korang semua, pastikan cek kereta korang sebelum pergi mana-mana okay. Sebab musim hujan ni, ular suka keluar cari tempat panas. Be carefull guys," pesannya.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak Instagram Aiman Tino
________________________

No comments:
Post a Comment