09 November 2018

FILEM 'HANTU KAK LIMAH' - AWIE KECEWA WANG BONUS 'CIPUT'


"Sejujurnya, memang saya berasa kecewa dengan wang bonus yang diberikan. Bukan tidak mahu bersyukur, tetapi ia tidak setimpal dan dilihat sebagai mengambil kesempatan terhadap keuntungan filem berkenaan.





"Tidak hanya saya seorang, malah pelakon lain dan kru juga mendapat bonus yang sangat sedikit," kata pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie yang melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima walaupun filem berkenaan berjaya meraih kutipan sebanyak RM38 juta.

Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 50, menjelaskan, jumlah yang diterima daripada produser, Infinitus tidak setimpal dengan usaha pelakon dan juga sumbangan yang dilakukan oleh pekerja belakang tabir.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Awie tidak menolak untuk berlakon dalam sekuel 'Hantu Kak Limah' pada masa akan datang dengan syarat filem berkenaan bukan diterbitkan di bawah syarikat produksi yang sama.

"Saya tidak kisah untuk berlakon dengan Mamat Khalid jika filem seterusnya diterbitkan oleh syarikat lain," ujarnya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Awie Wings


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: