09 November 2018

PEMBANTU PSIKOLOGIS: "GELAK MACAM NAK MATI, ITU SEMUA TOPENG"


Nampaknya masih belum reda lagi isu terpalit usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ekoran kontroversi memanggil seorang hadirin dengan gelaran wanita hodoh.





Turut menyifatkan wajah penonton wanita itu seakan-akan bomoh menimbulkan kemarahan netizen yang dilihat sebagai kurang ajar.

Isu tersebut yang kini menjadi bualan ramai turut mendapat perhatian seorang pembantu psikologis terkenal, Aiman Amri yang tampil menjelaskan mengenai perbuatan Aliff Syukri dari sudut psikologi.

Menurut Aiman, berdasarkan pemerhatiannya Aliff Syukri merupakan seorang yang mempunyai personaliti dramatik.

Aiman turut menjelaskan mereka yang personaliti dramatik sukakan gaya yang pelik-pelik, lain dari yang lain dan publisiti adalah kawan baiknya.

Dalam pada itu, Aiman berkata Aliff Syukri pernah mendedahkan beliau menghidap disleksia iaitu gangguan proses belajar.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun Aiman berkata penyakit tersebut tidak menjawab kenapa dia berperwatakan sedemikian.

Berdasarkan pemerhatiannya lagi, dia melihat Aliff sorang yang sangat impulsif dalam kata lain cepat melatah, main cakap lepas dan tidak berfikir dulu sebelum bertindak.

Ujar Aiman lagi, dia sudah lama mengesyaki Aliff Syukri ada mengalami simptom kemurungan dan tindakan beliau sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan.

Kata Aiman lagi, walupun marah dengan tindakan tersebut, dalam masa yang sama dia turut bersimpati dengan usahawan kosmetik popular itu.

Dalam masa sama, di akhir Tweet Aiman memberitahu bahawa segala penjelasan tersebut bukan bermakna dia menyokong tindakan Aliff Syukri tetapi hanya melakukan pemerhatian dan analisis.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Twitter Aiman Psikologis


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: