05 November 2018

KUTUK WARNA KULIT SANTESH, 'UGLY WOMEN' - ALIFF SYUKRI DIKECAM


Ramai yang merasa lega apabila usahwan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi penaja Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) kali ini kerana mungkin gimik yang beliau lakukan tidak terlalu berlebihan daripada penaja sebelumnya.





Namun, netizen sudah tidak dapat menahan rasa amarah mereka lagi apabila Aliff semalam menggunakan cara yang sangat tidak beradab untuk mempromosikan produk pemutih kulit keluaran syarikatnya.

Bukan sahaja bersikap rasis dengan mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar yang popular dengan lagu 'Amalina', malah Aliff yang cuba untuk berbahasa Inggeris dengan 'selamba' ingin mencari penonton dengan muka hodoh (ugly women) untuk mencuba produknya itu.

Klik untuk gambar besar


Jelas sekali, penonton wanita itu tidak selesa apabila jutawan kosmetik itu menyapukan 'foundation' di mukanya, paling membuatkan ramai netizen menyampah saat Aliff mengatakan beliau akan berikan duit pada wanita tersebut selepas kejadian yang agak memalukan itu.

Rata-rata netizen menganggap tindakan Aliff itu agak kurang ajar. Bukan sahaja bersikap rasis terhadap Santesh, beliau juga memandang hina rupa paras orang lain.

Sudah beberapa kali dikecam kerana perbuatan beliau sebelum ini, Aliff sepatutnya belajar daripada kesilapannya. Tidak salah untuk mempromosikan produk kerana beliau adalah penaja utama, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan biarlah ada ‘kelas tersendiri’ dan tidak mengguris hati orang lain. Apa pula pandangan anda?










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: