22 December 2018

AERIL ZAFREL: "SELAMAT DEDAH NAMA, KALAU JANTINA SEBENAR"


Nama sebenar Nur Sajat sejak kebelakangan ini semakin hari semakin hangat diperkatakan, lebih-lebih lahi apabila tersebarnya kad pengenalan beliau.





Dalam pada itu, sempat pelakon Aeril Zafrel mencelah, bertanyakan pula jantina sebenar usahawan terkenal itu.

Menerusi laman Twitter, Aeril dengan bersahaja bergurau bertanyakan apa pula jantina sebenar Sajat, memandangkan heboh berita nama sebenar beliau yang 'menyerupai' nama penuh lelaki.

Klik untuk gambar besar


"Selamat wartawan dedah nama sebenar, kalau jantina sebenar?," tulisnya di laman Twitter mengenai nama sebenar Sajat yang tersebar.

Rata-rata ramai terhibur dengan soalan bersahaja mengenai jantina Sajat. Ada juga sempat mengusik pelakon itu semula dengan memberitahu jantina Sajat sudah lama diketahui oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu Sajat berang apabila nama sebenarnya tersebar di media sosial hingga mendakwa pihak wartawan memutar belit fakta. Buat Aeril jaga-jaga membahan, nanti marah mula Sajat dikatakan seorang lelaki.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: