22 December 2018

NAFI PERCINTAAN GIMIK - AIMAN HAKIM SUKA SIFAT JUJUR ZAHIRAH


"Tidaklah benda ini bukan gimik. Perhubungan ini memang benar dan jujur. Satu hari nanti kita akan maklumkan secara lebih lanjut. Sebab bagi saya, saya nak kena hormat dia, kalau dia ada bersama lagi bagus.





"Saya perlu menghormati keluarga dia dan keluarga saya juga. Takut nanti akan terjadi salah faham. Sebenarnya saya sudah pernah berlakon dengan dia, jadi kami berdua telah kenal masing-masing.

"Sebelum 'couple' lagi kami dah memang kenal," kata aktor Aiman Hakim Redza yang memberitahu dia sudah mengenali aktres Zahirah MacWilson terlebih dahulu sebelum mereka menjadi pasangan kekasih dan pernah berlakon bersama.

Klik untuk gambar besar


Pasangan ini mula mencuri tumpuan ramai sejak kebelakangan apabila kerap memuatnaik gambar bersama di media sosial dan mencetuskan tanda tanya sama ada mereka benar benar bercinta atau sekadar untuk melariskan drama.

Keistimewaan Zahirah di mata Aiman adalah disebabkan sifat kejujuran yang dimiliki Zahirah yang turut popular menerusi drama 'Jangan Benci Cintaku'.

"Istimewanya dia (Zahirah) ialah dia mempunyai sikap jujur, iaitu sifat kejujuran tersendiri olehnya," tutur Aiman secara ringkas.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: