21 December 2018

NEELOFA & KELUARGA BERANGKAT TUNAI UMRAH HARI INI


Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Noor Neelofa menerusi akaun Twitter peribadinya telah berkongsi bakal berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga hari ini.





Melihat pada entri tersebut, Neelofa mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.

Pelakon drama bersiri 'Red Velvet' itu memohon dipermudahkan urusannya di sana bersama ahli keluarga serta akan menjadi manusia yang lebih baik.

"I'm leaving for umrah insyaAllah today with my family. I would like to apologize should I hurt anyone's feelings with my words and actions.

Klik untuk gambar besar


"May Allah ease everything for me and my family and may we come back a better person, insyaAllah," tulis pengacara rancangan MeleTOP itu.

Rata-rata pengikut Twitter turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Neelofa berjalan lancar.

Dalam perkembangan terkini, Neelofa baru menandatangi kontrak bersama sebuah agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models di London baru-baru ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: