Semua mengetahui mengenai nama usahawan popular Nur Sajat yang kini menjadi perhatian ramai berikutan isu gagal membayar cukai GST dan lebih hangat apabila nama sebenarnya didedahkan.

Mungkin tertekan dengan kecaman netizen berhubung perkara tersebut, Sajat ada memuatnaik sebuah video panas menunjukkan dia menabur wang kertas yang tidak terkira jumlahnya di atas tubuhnya beserta kepsyen mengenai masalahnya itu.
Video itu mendapat perhatian pelakon Fasha Sandha yang mempunyai hubungan rapat dengan usahawan tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian video tersebut untuk tatapan umum.
Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen memuji tindakan Fasha Sandha yang berani menegur Sajat kerana tindakannya itu boleh mengundang bahaya. Kata netizen lagi, inilah kawan sebenar yang memberikan teguran untuk menjadi lebih baik.
Bagaimanapun, ada komen yang tidak sedap didengar dari seorang netizen ini yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Fasha. Tidak hanya berdiam diri, Fasha membidas komen individu serta mengucapkan terima kasih di atas fitnah tersebut.
Tak pasal-pasal nama Fasha pun terpalit sama hanya kerana mereka berkawan rapat. Kalau boleh janganlah buat tuduhan sesuka hati, buruk padahnya nanti.

www.myartis.com / Sumber: Cari Forum
________________________

No comments:
Post a Comment