21 December 2018

PENGANJUR HIAS BILIK - PAKAIAN MAYA KARIN DISAMBAR API LILIN


"Sekali tu saya ada buat kerja sebagai pengacara majlis. Saya perlu tukar baju dengan cepat di bilik persalinan. Pihak penganjur pula hias bilik secantiknya dengan meletakkan bunga dan lilin dalam bilik itu.





"Apabila habis kerja nak tukar baju balik macam ini keadaannya," tulis aktres Maya Karin yang berkongsi kejadian cemas apabila baju dan seluarnya terbakar selepas disambar api lilin yang dihias dalam sebuah bilik persalinan.

Maya yang menukar baju dalam bilik berkenaan hanya menyedari pakaiannya terbakar selepas kembali untuk menukar semula baju berkenaan yang ditempatkan di bilik itu.

Pelakon filem 'Cun' itu turut memuatnaik foto menggambarkan keadaan bilik berkenaan berasap apabila seluar jeannya terbakar.

Klik untuk gambar besar


"Maya berkata, dia mendapat pengajaran berharga dalam kejadian itu: "Pengajarannya, jangan campak baju dekat lilin!".

Foto tersebut turut mendapat perhatian netizen yang meminta aktres berkenaan lebih berhati-hati. Ada juga yang menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang lucu namun boleh mengundang bahaya.

"Tak tahu nak gelak atau nak kesian. Macam kesian tapi kelakar pula," ujar netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Maya Karin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: