21 December 2018

ALIFF SYUKRI SEDIH DENGAN PERANGAI ORANG MALAYSIA


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik komen netizen berkenaan serta meluahkan rasa kesal dan sedih dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak senang hati dengan kejayaannya.





Kata Aliff lagi, beliau berasa bangga kerana rumah tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri tapi masih ramai yang mempunyai sifat dengki dan busuk hati.

Namun, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya itu dan menasihati Aliff untuk tidak mengendahkan komen negatif tersebut.

Rumah banglo mewah milik Aliff sememangnya menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, kos banglo mewah Aliff Palace yang mempunyai 30 buah bilik tidur itu dikatakan menelan belanja RM32 juta.

Klik untuk gambar besar


Ternyata usaha Aliff membina rumah mewah itu yang mengambil masa 4 tahun untuk menyiapkannya berbaloi apabila tersenarai antara kediaman mewah di dunia dan dipaparkan di laman Instagram yang berkongsi gambar kediaman elit di seluruh dunia iaitu Home of The Rich.

Namun, ada netizen yang tidak berpuas hati meninggalkan komen pada perkongsian gambar berkenaan mempertikaikan mengenai sumber kekayaan Aliff Syukri dengan mendakwa ianya diwarisi daripada ibu bapanya.

Bagaimanapun, seorang pengguna mempertahankan usahawan kosmetik itu dengan mengatakan kekayaannya bukanlah diwarisi daripada ibu bapaanya kerana bapanya adalah seorang pengawal keselamatan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: