21 December 2018

'KAD PENGENALAN' TULAR: "KENAPA SAYA KENA TUNJUK..." - SAJAT


"Kenapa saya kena tunjuk kad pengenalan semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang makin ramai penipu, jadi saya perlu lebih berwaspada," demikian kata usahawan kosmetik yang juga penyanyi, Sajat yang enggan tunduk kepada kehendak orang ramai yang mahukan bukti nama penuhnya.





Bagaimanapun, Sajat menerusi laporan media berkata, nama sebenarnya dalam kad pengenalan tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad. Malah Sajat juga mendakwa, pihak wartawan telah memutur belitkan namanya.

Gara-gara naik ke mahkamah semalam, nama Sajat kembali panas apabila nama sebenarnya terdedah. Baru-baru ini sekeping gambar kad pengenalan menunjukkan nama 'Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman' yang kongsi oleh pengguna Facebook dan Twitter itu telah menjadi perhatian ramai.

Gambar kad pengenalan yang beralamat Setiawan dengan nombor kad pengenalan 8502XX-XX-XX itu telah dikongsi oleh pengguna media sosial. Biarpun gambar dikaburkan, netizen percaya ianya milik Sajat

Klik untuk gambar besar


Semalam menerusi laman Instagram, Sajat meluahkan rasa bengang apaila nama sebenarnya disebut di media sosial dan kaca TV sebagai seorang lelaki. Umum sedia maklum, jantina Sajat masih menjadi tanya tanya hingga kini.

Rabu lalu Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia juga

Dalam pertuduhan, nama Sajat ditulis sebagai Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, sekaligus menimbulkan perbalahan warganet.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: