21 December 2018

FOTO & VIDEO - YUSUF ISKANDAR BUAT NETIZEN TERSENTUH, SEBAK


Hujung tahun ini, memang ramai artis dan selebriti yang menunaikan umrah termasuklah pelakon utama filem 'Paskal', Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha yang turut tidak ketinggalan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tersayang.





Namun kini, pasangan pelakon bersama anak sulung mereka, Yusof Iskandar baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah satu video di Tanah Suci yang dimuatnaik di akaun Instagram Yusuf dimana anak lelaki pasangan ini diajar bersedekah kepada tetamu-tetamu Allah yang lain.

Melihat pada video tersebut, Yusuf juga turut menarik kepala Hairul dan Hanis supaya daddynya dapat mencium dahi mummynya.

Klik untuk gambar besar


"Mekah Memories. Alhamdulillah kami dah selamat pulang ke tanah air.." tulis kapsyen pada video itu.

Gelagat dan telatah Yusuf membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak, malah ada yang rasa nak menangis menonton video tersebut. Rata-rata netizen mendoakan kebaikan untuk Yusuf sekeluarga.

Apapun, kami mendoakan semoga Yusuf membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat.


















www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Hlive, Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Yusof Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: