16 December 2018

AIMAN HAKIM & ZAHIRAH AKUI HUBUNGAN MEREKA JUJUR


Ketika ditanya bila serta bagaimana hubungannya dengan pelakon Zahirah Macwilson mula terjalin, pelakon Aiman Hakim Ridza yang ditemui pada majlis resepsi pelakon, Sasqia Dahuri dan Ashraff Khan, petang tadi itu bagaimanapun mengelak.





"Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuatnaik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah jujur," katanya.

"Nantilah kami cerita," kata Aiman ringkas, sebelum meminta diri atas alasan mahu menghantar Zahirah ke lapangan terbang.

Sementara itu, Zahirah pula ketika ditanya mengenai pelakon tinggi lampai itu menyifatkan Aiman sebagai jejaka terbaik yang ditemuinya.

"Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini," ulas Zahirah ringkas.

Klik untuk gambar besar


Episod percintaan pasangan ini mula dihidu apabila masing-masing berkongsi gambar yang sama di laman sosial.

Aiman terlebih dahulu memuatnaik foto mereka berdua bersama catatan yang seolah-olah memberi bayangan antara dia dan Zahiran sedang menjalin hubungan mesra.

Beberapa jam selepas itu, Zahirah yang popular menerusi drama 'Jangan Benci Cintaku' pula memuatnaik foto yang sama dengan catatan lebih ringkas iaitu: "Kini hingga selamanya, insya-Allah".

Pasangan itu juga tidak lagi menyembunyikan kemesraan mereka apabila mula tampil berdua di khalayak seperti yang sempat dirakamkan jurugambar ketika menghadiri majlis resepsi Sasqia.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: