17 December 2018

NATASHA HUDSON PERKENALKAN SUAMI, MINTA DOAKAN BAIK-BAIK


Selepas seminggu berkahwin buat kali keempat, pelakon Natasha Hudson akhirnya perkenalkan suaminya, seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.





Memuatnaik foto bersama suaminya di laman Instagram, Natasha berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi mula timbul dan Natasha menerima serangan kritikan yang bertubi-tubi daripada netizen mengenai perkahwinannya itu.

Mungkin ramai yang agak terkejut kerana ia berlangsung hanya beberapa bulan selepas beliau bercerai dengan suami ketiganya, Carleed Khaza.

Perkara yang lepas tidak perlu diungkit lagi dan sama-sama kita doakan agar rumah tangga yang dibina kali ini akan berkekalan sehingga jannah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: