17 December 2018

"ALLAH TAHU NIAT SAYA" - RITA TAK PEDULI DIKATA 'GILA TALAK', 'RINDU'


"Saya muatnaik foto anak dengan bapa mereka saja. Bukan orang lain pun. Tak kan saya nak letak gambar anak-anak dengan lelaki lain pula. Benda positif pun saya kena kecam. Kalau tak letak, netizen persoalkan pula. Orang suka hati nak tuduh saya macam-macam.





"Tapi saya tak peduli, orang nak kata saya gila talak ke rindu ke, hanya Allah saja tahu niat saya," kata pelakon Rita Rudaini yang tidak mengambil endah dengan kata-kata negatif terhadapnya apabila dia memuatnaik foto anak-anaknya bersama bekas suami, Aidil Zafuan di laman Instagram.

Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 42, berkata dia tidak kisah jika ada netizen yang menganggap dirinya gila talak atau rindu pada bekas suaminya itu.

Sejak kebelakangan ini, laman Instagram Rita menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan beberapa keping gambar lama anak-anaknya bersama bapa mereka yang merupakan pemain bola sepak negara. Namun, timbul rasa kurang senang kalangan netizen yang berpendapat Rita masih tidak boleh melupakan kisah lama.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Rita menjelaskan foto lama bersama Aidil disimpan adalah untuk kenangan anak-anak dan untuk memberitahu bahawa tiada masalah antaranya dengan bekas suami. Rita juga memberitahu, dia tidak masalah sekiranya Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan tidak akan menghalang perkara tersebut.

Untuk makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu ada merancang untuk membawa dua orang anak lelakinya pergi umrah pada tahun hadapan.

"Sebelum ini, saya pernah bawa Rayyan ketika usianya dua tahun. Kali ini, saya teringin bawa adik pula bersama. Dia pun ada bertanya dan sekarang dah pandai solat. Saya cakap dengan mereka, doakan rezeki mummy murah tahun hadapan dan dapat pergi umrah," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: