16 December 2018

MIRA FILZAH: "MANA ADA UNFOLLOW, SAYA & ZIZAN MASIH KAWAN"


Timbul dakwaan mengatakan pelakon dan pengacara, Mira Filzah sudah 'unfollow' pelawak dan pelakon, Zizan Razak di Instagram kerana pengacara 'Nona' itu kini rapat dengan pelakon Remy Ishak.





Bagaimanapun, Mira, 25, ketika dihubungi menafikan dia sudah tidak menjadi pengikut IG Zizan dan memberitahu dia dengan Zizan masih lagi berkawan sampai sekarang dan mereka okay saja.

"Mana ada saya 'unfollow' Zizan. Tak ada apa-apa. Saya dan Zizan masih berkawan dan tak ada apa pun yang berlaku," katanya.

Mengulas mengenai hubungan dengan Remy, Mira berkata, dia dan Remy sudah empat kali berlakon bersama pada tahun ini sejak Jun lalu.

"Gandingan pertama kami menerusi filem Sangkar dan diikuti filem Rise: Ini Kalilah. Kemudian, kali ketiganya kami berlakon pula dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan keempat, Pujaan Hati Kanda.

Klik untuk gambar besar


"Apapun, kami tidak bercinta tapi memang berkawan sebab bekerjasama. Lagi pun, macam mana nak bekerjasama kalau tanpa berkawan. Mungkin dengan hubungan kawan itu, kita jadi selesa untuk bekerjasama.

"Itu saja, memang tak ada apa-apa pun. Nak kata rapat pun, tidak. Hubungan kami hanya dasar rakan sekerja di satu tempat. Itu saja dan tidak ada lebih-lebih pun," katanya tegas.

Ditanya juga mengenai perwatakan Remy yang serius, pelakon drama bersiri 'Lelaki Kiran Tuhan' itu mengakuinya.

"Betul, Remy seorang yang serius. Namun, pada pandangan saya, dia (Remy) sangat komited dan profesional kalau bekerja.



"Tetapi, dia juga boleh dikata sangat mesra orangnya di set penggambaran. Tak adalah, dia bersikap terlalu serius sangat," tuturnya.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu Remy juga senang berkomunikasi dan dibawa berbincang.

Sehubungan itu, drama 'Pujaan Hati Kanda' arahan Eoon Shuhaini akan disiarkan slot Akasia di TV3 pada Disember ini.

Selain Mira dan Remy, drama ini dibintangi pelakon seperti Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: