16 December 2018

BERSALIN APRIL DEPAN - RAJA FARAH NAFI SENGAJA RAHSIA TAPI HATI-HATI


"Bukan sengaja hendak merahsiakan kehamilan kali ini, cuma saya agak trauma selepas dua kali mengalami keguguran. Begitupun, selepas usia kandungan kini melebihi empat bulan dan atas nasihat doktor, saya sudah bersedia untuk berkongsi mengenainya di Instagram, selain dengan teman media.





"Memang lama juga saya tidak mengemas kini sebarang cerita di laman sosial, termasuk hal kehamilan. Saya lebih selesa mendiamkan diri," kata pelakon dan pengacara, Raja Farah, yang lebih berhati-hati untuk berkongsi perihal kehamilan selepas pengalamannya dua kali mengalami keguguran, tahun lalu.

Bimbang perkara tidak diingini terjadi, pengacara CJ Wow Shop itu lebih banyak mengunci mulut daripada berkongsi cerita mengenai dirinya yang kini hamil lima bulan.

Mengakui dirinya mengalami alahan pada kehamilan terbaru, bagaimanapun Raja Farah menjelaskan, dia sekadar kurang bermaya dan hilang selera makan.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada juga berasa seperti loya dan mabuk, namun tidaklah sampai muntah teruk. Saya cuma berasa tidak larat dan kurang selera untuk makan. Pendek kata, segala aktiviti diri jadi terhad.

"Justeru, keinginan untuk memuat naik perkongsian di media sosial juga bagai tiada. Meskipun begitu, kerja saya tetap berjalan seperti biasa. Saya juga hanya menumpukan pada aktiviti pengacaraan CJ Wow Shop," tuturnya.

Menurut ibu kepada Imran Iskandar yang kini berusia dua tahun empat bulan, dia dijangka melahirkan anak keduanya pada April tahun depan.

"Kalau diikutkan hati, saya dan suami memang mahukan anak perempuan pula. Namun, semua itu kerja Allah. Jika ditakdirkan menimang cahaya mata perempuan, ia adalah rezeki.



"Begitu juga kalau kami sekali lagi dianugerahkan anak lelaki. Apa yang penting, anak kami nanti sihat dan dijauhi daripada sebarang komplikasi," ujarnya.
Kata Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz, 30, buat waktu ini doktor belum berani untuk mengesahkan jantina kandungannya kerana masih kecil.

Raja Farah mendirikan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Iskandar Ismail, pada 6 September 2015.

Pada masa sama, bintang filem 'Haq' itu memaklumkan, dia rindu untuk kembali berlakon, tetapi rela berkorban demi tumpuan pada keluarga, terutama suami dan permata hatinya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: