08 December 2018

AMYZA AKUI MONA ADA MENJEMPUT KE MAJLIS NIKAHNYA


Memuatnaik ucapan tahniah kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, pelakon Amyza Aznan menjelaskan dia berani berbuat demikian setelah melihat gambar dikongsi teman seperjuangan, Wan Nor Azlin.





Amyza ketika dihubungi BH Online berkata, dia turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada Mona yang menjemputnya ke majlis akad nikah mereka pada 1 Disember lalu.

"Pada mulanya, saya juga takut untuk membuat sebarang pengumuman di laman sosial, namun menukar fikiran apabila melihat perkongsian dibuat oleh Wan Nor Azlin. Dia berkongsi berita gembira itu di akaun miliknya dan ia membuatkan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Malah, saya juga menerima mesej daripada Mona yang menjemput saya ke majlis yang hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga pada 1 Disember lalu. Majlis itu diadakan pada hari ini, sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Klik untuk gambar besar


"Kami memang rapat kerana sembilan bulan berlakon bersama ketika menjayakan drama rantaian, Monalisa. Saya mendoakan kebahagiaan Mona dan Pekin," katanya.

Sebelum itu, Amyza yang mula rapat dengan Mona sewaktu membintangi drama 'Monalisa' itu menerusi akaun Instagramnya mendoakan agar perkahwinan kedua-dua pelakon terbabit berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sementara itu, usaha BH Online untuk menghubungi Pekin dan Mona sejak tengah hari tadi belum membuahkan hasil apabila masing-masing tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dihantar.

Mona bagaimanapun sempat berkongsi di Instagram sebuah entri yang seakan-akan mengiyakan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan, semalam.



Terdahulu, gambar perkahwinan pasangan selebriti yang selamat bernikah pada petang Jumaat itu tersebar di laman sosial, dipercayai dirakam oleh keluarga atau rakan terdekat.

Menurut beberapa kemas kini dari jurusolek, perunding perkahwinan dan juruinai terkenal di laman Instagram, gambar Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 33, dirakam menyarung busana perkahwinan dan berada di atas pelamin sambil menayangkan inai yang baru dipakai.

Beberapa foto pasangan mempelai makan di meja beradab dan poster yang menyatakan majlis tersebut adalah perkahwinan Mona dan Pekin juga turut tular di media sosial.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, sebelum ini pernah bertunang dengan Uqasha Senrose sebelum hubungan itu terputus sekitar 2014.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: