08 December 2018

"ITU KAN INSTAGRAM SAYA, SUKA HATI SAYA" - ZARINA ZAINUDDIN


Diminta netizen supaya dia berhenti berkongsi gambar dan video anaknya di laman sosial itu, pelakon Zarina Zainuddin, 48, memberitahu dia cuma ingin berkongsi perkara positif dan memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai anak Autisme.





"Itu kan Instagram saya. Suka hati saya nak letak gambar atau video apa pun. Saya bukan kongsikan benda-benda negatif.

"Semuanya adalah aktiviti harian saya bersama keluarga dan mengenai kerjaya saya," kata ibu kepada dua anak Autisme itu.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya, dia yakin hanya segelintir saja netizen yang suka bercakap mengenai perkara negatif di media sosialnya.

"Mungkin hanya satu peratus saja netizen yang bercakap buruk. Daripada memandang kepada segelintir yang berperangai sebegitu, lebih baik saya beri perhatian kepada mereka yang positif," ujarnya.

Untuk makluman, Zarina kerap menggunakan Instagramnya untuk berkongsi video dua anak kembarnya iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhamad Razil Azrai yang kini berusia 23 tahun.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: