28 December 2018
BILA AISHAH KINI SEMAKIN KURUS, NETIZEN LUAH RASA KAGUM
Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pemenang bintang Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) (GV4), Aishah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan saiz badan terkininya yang kelihatan semakin ramping.
"Saya suka baju saya hari ini, cantik dan simple rekaan dari Shahrell Naser, walaupun suami saya kata macam baju Ultraman," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat saiz badan terkini pelantun lagu Janji Manismu ini dan memujinya.
Klik untuk gambar besar
"Tahniah, badan ideal kak. - "Cantiknya dah kurus. - "Wow you look great Kak Aishah, semakin ramping, great trasformation!" tulis netizen.
Dalam perkembangan lain, Aishah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul 'Malar'. Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment