28 December 2018

"SAYA TETAP ANGGAP ZARINA KAWAN BAIK" - FATHIA


Berhubung persahabatannya dengan Zarina Anjoulie yang dikatakan sudah 'dingin' selepas membawa haluan masing-masing pada akhir September lalu yang sebelum ini pernah rapat, pelakon kontroversi, Fathia Latiff menafikan dan berkata, dia mempunyai alasan tersendiri apabila terpaksa menjarakkan diri daripada pelakon kontroversi itu.





"Sebagai kawan, Zarina sangat baik apabila mempertahan dan banyak membantu ketika saya berdepan pelbagai kecaman masyarakat.

"Cuma, ketika ini, saya mahu kembali fokus dengan kerjaya seni. Jadi saya terpaksa mengehadkan pergaulan untuk memastikan fokus tidak terganggu.

"Saya minta maaf jika ada yang kurang senang dengan cara saya ini. Berilah saya ruang untuk perbetulkan diri dan membina semula hidup selepas apa yang berlaku," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon yang dikenali menerusi drama 'Ariana Rose' itu berkata, biar apa juga tanggapan umum terhadap persahabatan mereka, dia tetap menghormati Zarina.

"Ramai yang selalu salah anggap terhadapnya, namun terserah kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Orang luar tidak faham kerana mereka hanya menilai daripada apa yang dilihat.

"Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang kami lalui. Saya tetap menganggap Zarina sebagai kawan baik, malah kami masih berhubung menerusi aplikasi WhatsApp," jelasnya.



Fathia tidak menafikan, kesibukannya merencana kembali kerjaya seni membuatkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama Zarina.

"Dulu saya banyak masa lapang untuk keluar bersama Zarina kerana tidak berlakon. Tetapi, sekarang masa saya agak terbatas apabila kembali sibuk di lokasi penggambaran," ujarnya.

Akhir September lalu, hubungan dua sahabat ini dikatakan renggang apabila Zarina cuba mengelak setiap kali ditanya peminat mengenai Fathia.



Menerusi Insta Story, Zarina pernah memberi bayangan hubungan mereka tidak baik dan enggan lagi dikaitkan dengan Fathia.

Andaian itu diperkuatkan lagi apabila Fathia turut memadam sejumlah gambar di Instagram, termasuk foto bersama Zarina.

Dalam perkembangan lain, Fathia kini sibuk dengan penggambaran telefilem, 'Kipas Belum Mati' arahan Azmi Hatta dan ia adalah produksi pertama dibintanginya selepas setahun tidak berlakon ekoran pelbagai kontroversi yang dilaluinya.

Telefilem terbitan Zeel Production itu turut menampilkan Nad Zainal, Nor Syuhaida Abd Razak (Dottie), Aidit Noh, Bob Yusof, Siti Elizad dan Aman Aziz.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: