28 December 2018

ELFIRA LOY AKUI TUNANGNYA SEORANG YANG UTAMAKAN AGAMA


"Sebenarnya sebelum itu El memang suka ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best-best. Dan sejak bertunang ini, El juga gembira tunang El rajin untuk turut sama join aktiviti kuliah di masjid.





"Apa yang El boleh katakan El gembira kerana dia seorang lelaki yang begitu menitikberatkan agama. Malah kadang-kadang dia akan remind El untuk pergi sama-sama. Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya.

"Dan dia juga bukan jenis judge orang sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab," jelas pelakon Elfira Loy yang meniti hari bergelar isteri kepada tunangnya, Faris Anuar.

Elfira berkongsi kriteria bakal suami yang membuat hatinya terpaut. Antaranya, Elfira berkongsi sikap tunang yang suka mengikutinya mendengar kuliah agama di masjid.

Dari tutur bicara Elfira, tampak jelas gadis ini begitu gembira menantikan hari bersejarah yang dikhabarkan sudah tidak lama lagi. Harapnya netizen juga boleh sama 'move on' dengan kisah lalu ya.








www.myartis.com / Sumber: Hijabista


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: