28 December 2018

SAFIEY ILIAS: "BALASAN ALLAH SEBAB NAK POTONG KEMALUAN"


Malam semalam menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik, Safiey Illias telah berkongsi berita beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk teruk di bahagian hadapan.





Apa yang menarik perhatian, kenyataan Safiey menganggap kejadian itu terjadi sebagai balasan Allah SWT terhadap dirinya yang sebelum ini berniat untuk menukar jantina dengan memotong kemaluan.

"Lain kali nk beli kete baru jgn sebut depan kereta lama. Nanti dia meraju. Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ya Allah," tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata nasihat dan pesanan kepada beliau untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Klik untuk gambar besar


Namun, ramai juga yang sudah menyampah dengan sandiwara Safiey yang berulang kali berkata mahu berubah tetapi masih juga tidak insaf. Sekadar propa dan gimik murahan untuk menarik perhatian.

Pengakuan Safiey itu juga membuatkan netizen terkejut kerana terlalu terbuka mengakuinya. Tidak dinafikan ada kalanya komen-komen netizen terhadap Safiey boleh tahan pedas dan melampau.

Bagaimanapun, dengan apa yang berlaku, mungkin Safiey harus bersikap lebih terbuka dan mendengar nasihat daripada mereka yang tidak mahu melihat beliau terus hanyut.












www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Safiey Ilias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: