28 December 2018

'WILLIAM DAUD MCKIENZIE' - LANA NODIN NAMAKAN SEMPENA BAPA SUAMI


"Sudah lebih sebulan anak kedua kami, William Daud Mckienzie dilahirkan. Kami sepakat mengabadikan nama bapa suami untuk anak lelaki kami itu. William dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.15 kilogram.





"Alhamdulillah, hasrat kami untuk menimang anak lelaki akhirnya menjadi kenyataan. Keluarga suami juga gembira kerana sudah lama mereka menantikan kehadiran bayi lelaki sebagai penyambung waris," kata pelakon Lana Nodin yang berkongsi nama cahaya mata keduanya.

Lebih sebulan menyimpan rahsia, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 38, memaklumkan, dia melahirkan anak lelaki pada 22 November lalu.

Menurut Lana, proses kehamilan bayi kedua mereka kali ini sedikit menguji apabila beliau mengalami pendarahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan, namun semua kesakitkan itu bagaikan hilang bila menatap wajah bayi.

Klik untuk gambar besar


"Melihat wajahnya sebaik dilahirkan membuatkan hati saya tenang. Lupa segala dugaan yang pernah saya harungi sebelum melahirkannya. Wajah William banyak ikut iras suami, malah matanya juga kebiruan. Rupanya memang macam mat salih," tuturnya.

Malam kelmarin, Lana telah berkongsi berita gembira ini menerusi rakaman video suaminya, David McKienzie sedang mengazankan anak mereka di laman Instagram.

Video suami Lana yang juga mualaf mulai viral apabila suaminya sedikit pun tidak kekok mengazankan bayi mereka. Ramai juga memuji dan kagum dengan tindakan suami Lana itu.

Untuk makluman, Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015. Pasangan itu sebelum ini, dikurniakan cahaya mata perempuan, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Lana Nodin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: