28 December 2018

TERSADUNG PAPAN LUNCUR - NOURUL LEGA KANDUNGAN SELAMAT


"Ya Allah. Mohon pelihara. Buat masa sekarang, tak ada apa-apa. Alhamdulillah. #Isabelladepp bergerak. Jadi okey. Panik dua minit. Jaga bukan main. Jatuh juga. Tersadung dengan 'bob' (papan luncur) yang Raphael naik.





"Dia jerit ingatkan takut rupa-rupanya teruja. Hantu betui (betul) Raphael ni. Esok Isabella keluar, ketuk kepala hang (awak)," kata penyanyi Nourul Wahab Depp yang berkongsi detik cemas dia terjatuh disebabkan cuba menghentikan anak lelaki bongsunya, Raphael Depp yang sedang bergerak laju bermain ski.

Bagaimanapun Nourul atau nama penuhnya Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan bayi dalam kandungannya masih bergerak.

Malah, Nourul sempat berseloroh mengatakan apabila bayi perempuannya yang diberi nama Isabella selamat dilahirkan akan mengetuk kepala Raphael.
 

Klik untuk gambar besar


Nourul berkongsi detik itu menerusi laman Instagram miliknya dan memuatnaik video ketika mereka sekeluarga sedang bermain ski di La Bresse-Hohneck Labellemontagne, Perancis.

Menerusi video tersebut, penyanyi itu memberitahu dia bernasib baik apabila kaki terjatuh terlebih dahulu sebelum perutnya.

Menurut Nourul, dia menganggap kandungannya yang kini sudah mencecah enam bulan seperti telur yang rapuh dan setiap langkah yang diambilnya perlu berhati-hati.



"Kami terjatuh. Jatuh kaki dulu kemudian baru perut. Minta-minta tak ada apa-apa. Insya-Allah. Nak berhentikan Raphael, kita yang tertonggeng. Adui.

"Bila mengandung ni kan, macam ada telur dalam perut. Jadi, ianya rapuh. Bila jalan tu kena berjaga-jaga," jelasnya yang kini sedang menikmati percutian di Perancis bersama keluarga.

Untuk makluman, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: