29 December 2018

JANTINA ANAK - TYA ARIFIN BAKAL DEDAH DALAM MASA TERDEKAT


Mengakui dirinya dan suami, Asyraf Khalid tidak kisah tentang jantina anak kedua yang dijangka lahir pada Mei 2019, pelakon dan juga menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza, Tya Arifin berkata beliau bakal mengumumkan jantina anak keduanya dalam masa terdekat ini.





"Kami berdua okay sahaja, baik dikurniakan lelaki lagi atau perempuan pula, kedua-duanya syukur. Mengenai jantina anak itu nanti akan saya umumkan di media sosial dalam waktu terdekat ini," katanya.

Diajukan soalan mengenai proses bersalin, Tya Ariffin memilih untuk bersalin secara normal sahaja berbanding kaedah pembedahan.

Klik untuk gambar besar


"Apapun yang terjadi nanti saya akan terima sahaja, andainya perlu melalui proses caesar (pembedahan) sebab mahukan yang terbaik untuk anak," ujarnya.

Untuk makluman, Tya Ariffin dan suami berkahwin pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arif Jiwa yang berusia 1 tahun 8 bulan. (rtky/m)








www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: